Tuesday, May 28, 2013

EVERYONE CAN CHANGE :)

Assalamualaikum ~

Da lama  ana  tak  update  kesibukan  sikit ~ haha 
Lihat gambar tu :





  Sebenarnya  ana  nak  tanya  . Perubahan  tu  kena  tunggu  seru  ke? Atau  kene  lihat  fizikal  ke? 
USAHA .hidayah takkan mudah je sampai jika kita tak tunjuk kat Allah kita the BEST . Itu  yang  perlu  difikirkan penyelesaiannya.  TAWAKAL ! ha!! Bende tulah  melatih  kesabaran  kita dan menanam sikap bersyukur  . IMAN ! Wajib digilap sepenuh jiwa .Kita tinggikan iman kita agar syaitan nirrajim tidah mudah membisik hasutan kepada kita . Syaitan amat pro tau kerja membisik ni . AWAS .  NIAT . wajib berniat hanya untuk Allah   Berazam want to be the good one . Jangan mudah putus asa . ZIKIR . rajinkan sikit mulut tu mengucapkan kalimah Allah . Hati makin tenang tau . Minda sejok je nanti . Insyallah . pahalo dapat . zikir yang allah paling suka SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH . Amalkan ye . 

Kawan-kawan  mari kita berubah ! Tak rugi pun . Insyallah  , Allah  akan  membantu  hambaNya yang berjihad  melawan  nafsunya  .
Hurm langkah seterusnya ialah TAUBAT NASUHA .
Taubat pun bukan suka-suka je . kita kena janji pada diri kita tidak akan melakukan semula kesalahan . Baru bravo taubat kita beb. Kita kena selalu merintih kepada Allah . Allah suka hambaNya yang menangis kerana ingin merasai ganjaran syurga . Sapa tidak mahu kan? Semua nak . Betul ark?
Allah lebih suka taubat seorang pendose tau . Bak kata dalam cerita ayat-ayat cinta yang si banduan tu berkata " Allah bukan hanya untuk orang yang baik aja , tapi Allah juga untuk pendosa . "
Mantap tak ayat dia . Deep weyh . Sebab kat alam barzakh nanti semua sama taraf . xdo yang kekal gelaran terhebat pun . samo ajo semuo . 



Okeyla Telah  kujalankan tanggungjawab  mengajak mu  kearah  kebaikan  ! Sekarang  tibe masanya  untuk kamu bertindak dengan perlahan-lahan ye . Buka akal . Buka hati  ! PRACTICE MAKE PERFECT sayang :)

  Ilalliqa' :)

Thursday, November 29, 2012

Bisikan An-nur


Assalamualaikum :D,para sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah!Moga kita sentiasa dalam golongan umat Nabi Muhammad SAW~~ In sya Allah.
Tengok gambar kat atas tu novel cinta yang berunsurkan Islamik ...My favourite la XD,,,ana baca bole nanges tau sebab melihat cara mereka ingin memiliki pasangan hidup.Bukan dengan cara COUPLE! Tapi dengan cara Solat Istikharah dan usaha mereka yang tidak membawa kepada keburukan diantara satu sama lain. "INI BUKAN CINTA MURAH , TETAPI INI CINTA ISTIKHARAH" yang membawa erti cinta yang telah diizinkan oleh Allah untuk mereka memilikinya dengan HALAL not HARAM. Ana nak cinta macam ini kerana In sya Allah cinta ana dan si dia akan membawa kami ke JANNAHTUALLAH XD.
Tapi ana x punya calonla~~ remaja lagy x cukop umo !hoho , , okla dibawah ini ana sertakan sedikit tazkirah jiwa :

Baiklah,, Bismillahirrahmanirrahim

Ada ketikanya kita berasa keliru untuk memilih jalan ....Mengalah atau meneruskan apatah lagi jika dlm aspek pertembungan perkasihan.apa itu pertembungan perkasihan? Maksudnya perasaan saling suka atau cinta diantara wanita dan lelaki~~

Allah telah mengurniakan kita akal dan iman walaupun tahap ketebalan iman itu berlainan. Melalui tindakan akal,kita seharusnya pandai berfikir untuk memilih yang buruk atau baik. Iman pula ,semestinya kita berdo'a ,bertawakal dan berserah kepada Allah.

Islam mengesyorkan seseorang itu melaksanakan SOLAT ISTIKHARAH apabila keliru dalam pertembungan perkasihan.Begitu indahnya Islam sebagai satu panduan lengkap untuk kegunaan di dunia dan akhirat.Melalui solat istikharah lazimnya Allah akan memberikan petunjuk melalui mimpi .Mimpi itulah yang harus direnungkan dan ditafsir dengan bijaksana.

sekian saja tazkirah tersebut~

Bagi ana la,,ana akan pilih solat istikharah.Lagipun kelebihan nya amat istimewa..
kerana cinta yang dihadirkan oleh Allah kpd ana ,,,Allah telah mengizinkan ana untuk bersama dengannya secara sempurna.hahaha,, Aplah ana nyh,,kecik2 da pandai yer,ha! jgn ingt solat istikharah nyh untuk nak kawen jer,sepak kang! Ia juga untuk kite menyelesaikan kekeliruan yg kita hadapi,, seperti pekerjaan,persekolahan,kesihatan dan lain2 la,,senang kata kalau ikut tazkirah atas tu digunakan sebagai panduan hidup kita sebagai umat Islam.Indahnye kalau kite memlih jalan penyelesaian tersebut,xperlu nk cemburu buta,berbunuhan buang masa sajala~

hoho sekian saja dari ana

p/s: ana asifun, bnyk membebel pula XD            

Wednesday, November 28, 2012

يا سنام سنام (Bonggol oh Bonggol)


Assalamulaikum, para muslimin dan muslimat ...
Lihatla gambar atas tersebut. Tinggi nya paras kecantikan mereka.Tetapi bagi Allah paras kecantikan mereka amatla rendah.Sanggul mahu kalahkan bonggol  unta.Kalau boleh mahu kalahkan tinggi gunung Everest. XD..
Baiklah, saya guna bahasa santai jelah yer ;)

ok,ana tunjukkan lagi gambar yer,,ada kat bwah nyh
_
_
_
V

wohoooo,lama-lama jadi macamni
hukumnyer haramla sayang,,,,Bau Syurga kita tak dapat apatah lagi kita ingin memasukinya~~
nak tau kenapa ini telah ditegah oleh Idola kita semuslim Nabi Muhammad S.A.W XD
berikut beliau bersabda

Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith Riwayat Imam Ahmad-
-gambar contoh-


Dalam hadis yang seterusnya juga ada memerihalkan akan golongan penghuni neraka di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


yeah,,anda dah baca?Alhamdullilah~
Ana ni manusia biase.Kita sebagai orang Islam ni kene saling tegur menegurkan?humm...ana da tegur.Apalagi berubahla secara perlahan-perlahan.Insya Allah ,anda adalah muslimah yang sempurna di depan mata Allah :D
Sekian post dari ana